Wednesday, February 11, 2009

melayu.....

Target 30% ekonomi Malaysia dipegang oleh melayu yang ingin dicapai masih gagal,walau pun sudah lebih dari 20thn target itu di sasarkan.Kenapa boleh jadi begitu?.Adakah orang melayu tidak pandai berniaga?tidak mendapat bantuan yang cukup dari kerajaan?Rasanya semua itu tidak betul.


Jika di lihat pengumuman yang di buat oleh kerajaan,begitu banyak bantuan yang diberikan kepada masyarakat melayu yang ingin memulakan perniagaan.Kita ada Mara yang sentiasa ingin membantu orang2 melayu terutamanya lepasan siswazah untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.Tetapi kebanyakkan mereka tidak berani atau mungkin tidak berminat untuk berniaga.Mereka lebih berminat untuk bekerja makan gaji kerana mudah,cukup bulan gaji masuk.tapi lain hal pula dengan kaum lain terutamanya cina.Anak2 mereka memang di didik untuk berniaga sejak mereka dari kecil lagi.Sebab itulah ekonomi tanah melayu ini a.k.a Malaysia yang dicintai ini masih lagi dipegang oleh mereka sejak dari zaman penjajahan British.Faktor British menyusun kerjaya orang tanah melayu mengikut kaum juga menjadi sebab.Tetapi ini tidak boleh dijadikan sebab utama.Kerana jika kita lihat pada sejarah,kaum india diletakkan di estet2 untuk menjadi pekerja estet.Tapi sekarang ini,ramai kaum india yang menjadi taikun2 perniagaan,dan orang kedua terkaya di Malaysia pun dari kaum mereka.Kita tidak boleh menyalahkan sejarah yang memang akan sentiasa diingati sekiranya kerosakan yang berlaku,tapi itu semua boleh di baiki.


Berbalik kepada kaum melayu yang diberikan berbagai bantuan,latihan dan sokongan,tetapi masih lagi belum dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.Ini kerana kebanyakkan orang melayu ini bila berniaga,matlamat untuk mendapat keuntungan yang berlipat ganda ingin dicapai dalam masa yang terlalu singkat.Sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat itu walaupun terpaksa menghancurkan perniagaan kaum mereka sendiri.Bila jadi begitu,maka kurang 1 syarikat melayu kerana dimusnahkan oleh orang melayu sendiri.Maka sampai bila2 pun sasaran itu tidak tercapai.Kerana setiap masa akan ada syarikat orang melayu yang terkubur.


Satu lagi sikap perniaga2 melayu,bergaya belum pada waktunya.Mereka ni bila dapat projek,1st payment terus beli kereta baru,lepas tu bila bajet tak cukup,projek tertangguh.Bila projek tertangguh lambat siap.Payment dah tak dapat sebab dah lebih masa,bila lama2 duit habis projek tak siap.Nama syarikat senarai hitam.Kena saman.Hujung2 bunkus.Tu la riwayat kebanyakkan syarikat kontraktor melayu.Yang berniaga pengeluaran atau pun jual beli pula,bila dapat pinjaman,duit tu bukan betul2 digunakan untuk syarikat,tapi untuk besarkan dapur rumah atau pun beli kereta yang canggih manggih.Atau pun baru dapat pulangan modal dah nak bergaya dengan kereta baru.Modal yang sepatutnya disimpan atau pun keuntungan sedikit2 yang sepatutnya boleh digunakan diwaktu kecemasan.Tapi dah di joli katakkan.Bila terjadi sesuatu pada perniagaan mula la pinjam along,angah dan sebagainya.Perniaga2 melayu memang tidak dapat lari dengan kereta.Bukankah lebih bagus jika beli kedai,tanah atau apa2 sahaja yang boleh menjadi aset.


Diharapkan tahun baru 2009 ini akan menjadi titik perubahan dalam ekonomi kaum melayu bumiputra Malaysia.Walaupun ekonomi sekarang begitu teruk,ramai pekerja2 dibuang kerja,ini semua dapat menjadikan kaum melayu yang di buang kerja itu lebih bersemangat untuk membuka perniagaan sendiri dari hasil duit pampasan yang meraka terima.Jangan disalah gunakan.Semoga disebabkan ekonomi dunia yang merundum ini,semakin ramai perniaga2 hebat dari kaum melayu yang akan muncul.InsyaAllah,satu hari nanti ekonomi Malaysia akan dipegang oleh kaum melayu.Jadikan Hari Raya Aidilfitri hari yang sukar untuk kaum lain kerana banyak perniagaan2 yang ditutup.Bukan seperti sekarang,Tahun BaruCina,orang kita susah nak cari barang.Amin....

No comments:

Post a Comment

visitors