Monday, March 30, 2009

Jenglot ketua pemuda...



Seperti suatu rancangan terancang.Didapati bersalah.tapi lepas.Amaran sahaja.Undi dikira berkali2,last2 menang dan P.M tolong coverkan.P.M aka pak mertua habaq menantu dia ni kerja keras.Malam2 pun pi negeri sana negeri sini.Yela malam2 huloq orang tak nampak nooo..Undi dikira berkali2 sama yang terjadi masa pru12 yang lalu dan beruk ni menang di parlimen rembau.Jika beruk ni dilantik jadi menteri,Umno memang belum berubah,dan sedia untuk tenggelam.sedarlah...

Friday, March 20, 2009

sekadar pandangan.

Tidak lama lagi kepimpinan negara kita akan bertukar tangan.Tapi sejauh mana impak dari pertukaran itu akan berlaku tidak dapat kita pastikan.Kelihatan sekarang ini mood lebih kepada Najib jawatan no1 dan muhyiddin jawatan no 2.Tetapi entah mengapa saya berpendirian berlainan.
Saya lihat sebenarnya Najib belum masanya lagi untuk memegang tampuk pemerintahan.Beliau patut berada dijawatan no 2 dan Muhyiddin di jawatan no1.Kerana Najib perlu belajar ketegasan dari muhyiddin.Umum tau sejak dari 2003 negara kita dipimpin oleh p.m yang tidak pernah tegas,kelihatan lemah,dan tidak pernah tetap dalam membuat keputusan.Jadi Najib tidak mendapat contoh yang bagus.Sifat yang sangat berbeza dari Muhyiddin dan Paklah.
Tapi yang tersangat penting,Najib perlu membersihkan namanya dari segala tohmahan yang menimpa dirinya.Semua orang dalam UMNO boleh menafikannya mengatakan itu semua fitnah.Tapi adakah rakyat biasa mudah untuk mempercayainya?adakah selamat UMNO dan BN pada PRU13 nanti?Jika dilihat diantara Muhyiddin dan juga Najib,Najib lebih dikenali kerana kontroversi dari kerjanya.Itulah pandangn dari rakyat biasa dan orang2 kampung.Ditambah pula cerita2 yang tidak enak tentang isterinya.Berbeza dengan Muhyiddin yang memang kurang kita dengar tentang kontroversi.Dengan suasana politik yang lebih terarah kepada pembangkang,UMNO sepatutnya meletakkan calon yang bersih dari cerita yang tidak elok untuk menarik minat rakyat kembali menyokong perjuangan UMNO dan juga BN.
Ini hanyalah pandangan demi untuk melihat UMNO kembali kuat seterusnya menafikan hajat pembangkang dan Anwar untuk menguasi serta menghancur negara yang kita cintai ini..

Wednesday, March 18, 2009

Lu pk lah sendiri.....

JAKARTA 17 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka yang mengamalkan politik wang adalah bukti ketegasan parti dalam menangani masalah itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka yang dikenakan tindakan supaya mematuhi larangan yang dikenakan.

"Saya berharap tindakan tegas itu menjadi pengajaran kepada para pemimpin lain," katanya kepada pemberita Malaysia di Hotel Shangri-La di sini hari ini.

Abdullah berada di sini bersama delegasi Malaysia bagi menghadiri konsultasi tahunan Malaysia-Indonesia yang membincangkan isu-isu bilateral kedua-dua buah negara.

Lembaga Disiplin hari ini melarang Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung minggu depan.

Menantu Abdullah, Khairy Jamaludin yang juga calon Ketua Pemuda turut didapati bersalah dan diberikan amaran.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah. - Utusan.


amaran jer??tegas ni beb....

visitors