Friday, March 20, 2009

sekadar pandangan.

Tidak lama lagi kepimpinan negara kita akan bertukar tangan.Tapi sejauh mana impak dari pertukaran itu akan berlaku tidak dapat kita pastikan.Kelihatan sekarang ini mood lebih kepada Najib jawatan no1 dan muhyiddin jawatan no 2.Tetapi entah mengapa saya berpendirian berlainan.
Saya lihat sebenarnya Najib belum masanya lagi untuk memegang tampuk pemerintahan.Beliau patut berada dijawatan no 2 dan Muhyiddin di jawatan no1.Kerana Najib perlu belajar ketegasan dari muhyiddin.Umum tau sejak dari 2003 negara kita dipimpin oleh p.m yang tidak pernah tegas,kelihatan lemah,dan tidak pernah tetap dalam membuat keputusan.Jadi Najib tidak mendapat contoh yang bagus.Sifat yang sangat berbeza dari Muhyiddin dan Paklah.
Tapi yang tersangat penting,Najib perlu membersihkan namanya dari segala tohmahan yang menimpa dirinya.Semua orang dalam UMNO boleh menafikannya mengatakan itu semua fitnah.Tapi adakah rakyat biasa mudah untuk mempercayainya?adakah selamat UMNO dan BN pada PRU13 nanti?Jika dilihat diantara Muhyiddin dan juga Najib,Najib lebih dikenali kerana kontroversi dari kerjanya.Itulah pandangn dari rakyat biasa dan orang2 kampung.Ditambah pula cerita2 yang tidak enak tentang isterinya.Berbeza dengan Muhyiddin yang memang kurang kita dengar tentang kontroversi.Dengan suasana politik yang lebih terarah kepada pembangkang,UMNO sepatutnya meletakkan calon yang bersih dari cerita yang tidak elok untuk menarik minat rakyat kembali menyokong perjuangan UMNO dan juga BN.
Ini hanyalah pandangan demi untuk melihat UMNO kembali kuat seterusnya menafikan hajat pembangkang dan Anwar untuk menguasi serta menghancur negara yang kita cintai ini..

3 comments:

  1. pandangan je,aku risau psl pru13 nnt

    ReplyDelete
  2. adoi!!!!!
    beruk beruk beruk!!!

    ape citer macam nie...selamat yg dah waras xamik geng2x beruk naik

    ReplyDelete

visitors