Monday, March 30, 2009

Jenglot ketua pemuda...



Seperti suatu rancangan terancang.Didapati bersalah.tapi lepas.Amaran sahaja.Undi dikira berkali2,last2 menang dan P.M tolong coverkan.P.M aka pak mertua habaq menantu dia ni kerja keras.Malam2 pun pi negeri sana negeri sini.Yela malam2 huloq orang tak nampak nooo..Undi dikira berkali2 sama yang terjadi masa pru12 yang lalu dan beruk ni menang di parlimen rembau.Jika beruk ni dilantik jadi menteri,Umno memang belum berubah,dan sedia untuk tenggelam.sedarlah...

Friday, March 20, 2009

sekadar pandangan.

Tidak lama lagi kepimpinan negara kita akan bertukar tangan.Tapi sejauh mana impak dari pertukaran itu akan berlaku tidak dapat kita pastikan.Kelihatan sekarang ini mood lebih kepada Najib jawatan no1 dan muhyiddin jawatan no 2.Tetapi entah mengapa saya berpendirian berlainan.
Saya lihat sebenarnya Najib belum masanya lagi untuk memegang tampuk pemerintahan.Beliau patut berada dijawatan no 2 dan Muhyiddin di jawatan no1.Kerana Najib perlu belajar ketegasan dari muhyiddin.Umum tau sejak dari 2003 negara kita dipimpin oleh p.m yang tidak pernah tegas,kelihatan lemah,dan tidak pernah tetap dalam membuat keputusan.Jadi Najib tidak mendapat contoh yang bagus.Sifat yang sangat berbeza dari Muhyiddin dan Paklah.
Tapi yang tersangat penting,Najib perlu membersihkan namanya dari segala tohmahan yang menimpa dirinya.Semua orang dalam UMNO boleh menafikannya mengatakan itu semua fitnah.Tapi adakah rakyat biasa mudah untuk mempercayainya?adakah selamat UMNO dan BN pada PRU13 nanti?Jika dilihat diantara Muhyiddin dan juga Najib,Najib lebih dikenali kerana kontroversi dari kerjanya.Itulah pandangn dari rakyat biasa dan orang2 kampung.Ditambah pula cerita2 yang tidak enak tentang isterinya.Berbeza dengan Muhyiddin yang memang kurang kita dengar tentang kontroversi.Dengan suasana politik yang lebih terarah kepada pembangkang,UMNO sepatutnya meletakkan calon yang bersih dari cerita yang tidak elok untuk menarik minat rakyat kembali menyokong perjuangan UMNO dan juga BN.
Ini hanyalah pandangan demi untuk melihat UMNO kembali kuat seterusnya menafikan hajat pembangkang dan Anwar untuk menguasi serta menghancur negara yang kita cintai ini..

Wednesday, March 18, 2009

Lu pk lah sendiri.....

JAKARTA 17 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Lembaga Disiplin UMNO terhadap mereka yang mengamalkan politik wang adalah bukti ketegasan parti dalam menangani masalah itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka yang dikenakan tindakan supaya mematuhi larangan yang dikenakan.

"Saya berharap tindakan tegas itu menjadi pengajaran kepada para pemimpin lain," katanya kepada pemberita Malaysia di Hotel Shangri-La di sini hari ini.

Abdullah berada di sini bersama delegasi Malaysia bagi menghadiri konsultasi tahunan Malaysia-Indonesia yang membincangkan isu-isu bilateral kedua-dua buah negara.

Lembaga Disiplin hari ini melarang Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Perhimpunan Agung minggu depan.

Menantu Abdullah, Khairy Jamaludin yang juga calon Ketua Pemuda turut didapati bersalah dan diberikan amaran.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah. - Utusan.


amaran jer??tegas ni beb....

Tuesday, February 24, 2009

ikhsan dari GAP

(GAP MENERIMA KIRIMAN EMAIL DPD PENULIS SURAT INI SENDIRI.SDR ZAHID MD ARIP TELAH MEMOHON KEPADA GAP UNTUK TIDAK MENGUBAH BARANG SATU PATAH PERKATAAN PUN KANDUNGAN SURAT.UNTUK MAKLUMAN SDR ZAHID MD ARIP MERUPAKAN CUCU KEPADA ALMARHUM TUN GHAFAR BABA BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA)
PERMINTAAN TERBUKA KEPADA YAB DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI

Tarikh : 16 Februari 2009 - Isnin

Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip

No K/P : 660622-04-5355

No Ahli UMNO : 03468736

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah SWT Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, Keluarga Dan Para Sahabatnya.

YAB Dato’ Seri,

Di dahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan Dato’ Seri beroleh sihat sejahtera.

Izinkan saya memulakan bicara dengan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kepada Dato’ Seri.

Buat pengetahuan Dato’ Seri, peristiwa yang bersejarah dan penting ini, sememangnya di tunggu-tunggu dan di harap-harapkan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Walaupun (InsyaAllah) ianya hanya akan berlaku pada akhir bulan Mac 2009 - kira-kira 1½ bulan dari sekarang, namun saya tidak mahu ketinggalan untuk menjadi warganegara Malaysia yang pertama merakamkan secara terbuka ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan kepada Dato’ Seri.

Bagaimanapun, dalam kita menghitung hari menunggu tibanya saat tersebut, terdapat beberapa spekulasi yang tidak enak di dengar sekali gus ianya boleh menambah rosak imej Dato’ Seri yang sedia tercalar selama ini.

Bagi saya, saya tidak mahu imej rosak dan tercalar ini mengiringi pengunduran Dato’ Seri sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebaliknya, saya mahu Dato’ Seri berundur sebagai anak jantan yang punya maruah dan harga diri. Dato’ Seri seharusnya memperlihatkan keikhlasan yang tinggi, supaya sejarah dan anak cucu di kemudian hari akan menganggap Dato’ Seri lah pemimpin yang boleh di jadikan contoh – yang meletakkan kepentingan UMNO dan Negara melebihi segala-galanya dan bukannya pemimpin yang bacul yang terlalu sayangkan jawatan – sehingga sanggup memporak-perandakan UMNO dan Negara yang tercinta.

Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin mendedahkan beberapa spekulasi yang tersebar secara meluas yang sampai ke telinga saya. Saya harap pendedahan ini akan dapat di jawab dan di jelaskan oleh Dato’ Seri secara terbuka dengan ikhlas, supaya para penyebar spekulasi ini akan dapat di diamkan dan seluruh ahli UMNO mendapat kepastian yang sejelas-jelasnya.

SPEKULASI 1, menyatakan;

Dato’ Seri dan budak-budak “tingkat 4” sedang menggunakan para penulis blog pro pembangkang dan beberapa pemimpin pembangkang untuk memenafaatkan waktu 1½ bulan terakhir ini untuk terus menyerang, menghina dan mengaibkan Dato’ Sri Najib dan keluarganya. Konon katanya, ada kempen yang di lancarkan oleh mereka yang di restui sendiri oleh ahli keluarga Dato’ Seri – kempen tersebut diberi nama “NO TO NAJIB, YES TO PAK LAH”. Betul kah?

SPEKULASI 2, menyatakan;

Atas nasihat anggota keluarga dan penasihat-penasihat veteran dari kalangan sahabat, Dato’ Seri di katakan tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO. Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Presiden UMNO, Dato’ Seri konon katanya tetap tidak mahu berhenti dan akan terus menjadi Perdana Menteri. Konon katanya, Dato’ Seri terlalu sayangkan jawatan tersebut.

Dato’ Seri juga konon katanya sudah merancang untuk memasang seorang perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO untuk membawa usul tergempar supaya Dato’ Seri kekal sebagai Perdana Menteri. Kononnya keinginan Dato’ Seri sudah sampai ke tahap tidak menghormati tradisi pemilihan Perdana Menteri yang di amalkan oleh parti selama ini di mana sesiapa jua yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Spekulasi ini terus bertiup kencang apabila Utusan Malaysia (Khamis – 12 Feb 2009 – m/s 3) menyiarkan berita bergambar mengenai kempen secara besar-besaran promosi laman web Perdana Menteri yang mengajak rakyat berhubung secara terus dengan Dato’ Seri dengan menghantar cadangan, pandangan, teguran dan kritikan.

Ada logiknya juga, apa perlunya promosi laman web ini di buat secara hebat dan besar-besaran jika usia pemerintahan Dato’ Seri hanya tinggal kira-kira 1½ bulan? Mungkin juga Dato’ Seri mempunyai lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua keluhan yang di hantar ke laman tersebut dalam masa 1½ bulan sahaja.

Atau mungkin laman itu akan di gunakan oleh “gulungan tertentu” semahu-mahunya bagi merintih, merengek, merayu, memujuk dan mendesak Dato’ Seri supaya terus kekal menjadi Perdana Menteri walaupun tidak menjadi Presiden UMNO. Maklum sajalah – Dato’ Seri adalah Perdana Menteri “yang terhebat” dan “yang tersohor” yang pernah di lahirkan oleh UMNO.
Spekulasi ini juga menyebut, bahawa kononnya jadual Dato’ Seri sebagai Perdana Menteri telah di susun padat oleh pejabat Dato’ Seri sehingga 31 Disember 2009. Dan, ini menggambar dan menandakan Dato’ Seri tidak mahu berhenti.

Konon katanya lagi, satu gerakan yang begitu tersusun dan terancang sedang di laksanakan oleh budak-budak Dato’ Seri untuk membina keyakinan rakyat bahawa jika Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri, nescaya keadaan akan lebih teruk dan negara akan kucar kacir. Gerakan ini juga kononnya sedang membiayai beberapa NGO untuk mengutip tandatangan seberapa ramai orang untuk mendesak Dato’ Seri supaya jangan berundur sebagai Perdana Menteri. Soalan saya – betul kah?

SPEKULASI 3, menyatakan;

Dato’ Seri akan merombak kabinet dalam waktu terdekat ini. Konon katanya rombakan ini akan melibatkan Dato’ Sri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin lain termasuk membawa masuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam kabinet. Kononnya rombakan ini adalah bertujuan untuk merendahtarafkan Dato’ Sri Najib sebelum beliau di buang dari kabinet. Lebih dahsyat lagi, spekulasi ini juga menyebut, Dato’ Seri dan penasihat-penasihat Dato’ Seri sedang merekacipta cerita dan pertuduhan untuk mendakwa Dato’ Sri Najib di mahkamah. Betul kah?

SPEKULASI 4, menyatakan;

Dato’ Seri akan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan pemimpin-pemimpin UMNO bertaraf ikan bilis termasuk mereka yang di katakan rapat dengan Dato’ Seri dan anggota keluarga Dato’ Seri, sebelum menahan pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung yang benar-benar tidak sehaluan dengan Dato’ Seri.

Manakala pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung, yang menjadi kesayangan Dato’ Seri walaupun di katakan membeli pencalonan secara terang-terangan akan terselamat dari sebarang bentuk tindakan. Betul kah?

SPEKULASI 5, menyatakan;

Dato’ Seri sedang berusaha keras dengan melakukan pebagai cara untuk memastikan menantu kesayangan Dato’ Seri memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Betul kah?

SPEKULASI 6, menyatakan;

Dato’ Seri dan konco-konco Dato’ Seri sedang berusaha dengan begitu gigih dan keras dalam memastikan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah untuk jawatan Timbalan Presiden. Konon katanya Dato’ Seri mahukan Dato’ Seri Ali Rustam memenangi jawatan tersebut. Betul kah?

SPEKULASI 7, menyatakan;

Dato’ Seri konon katanya akan menggunakan peluang semasa menyampaikan Ucapan Dasar untuk membelasah Tan Sri Muhyiddin bagi menarik simpati perwakilan memberikan undi dan kemenangan kepada Dato’ Seri Ali Rustam. Kononnya, inilah caranya untuk Dato’ Seri membalas dendam kesumat terhadap kelantangan dan keberanian Tan Sri Muhyiddin sebelum ini sehingga proses peralihan kuasa terpaksa di laksanakan.

Spekulasi ini juga menyebut, Dato’ Seri begitu yakin Dato’ Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana kononnya - dari 2 ribu lebih perwakilan yang akan berada di Dewan Merdeka, terdapat kira-kira 580 orang penerima darjah kebesaran DMSM yang membawa gelaran “DATUK”, DSM dan JP dari Melaka yang memangnya terhutang budi dengan Dato’ Seri Ali Rustam.

Andaian di buat, jika setiap seorang dari 580 orang ini berkempen dan dapat mencari seorang sahaja lagi perwakilan untuk mengundi Dato’ Seri Ali Rustam, tidak syak lagi dan sudah tentu Dato’ Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sekali lagi saya mohon bertanya kepada Dato’ Seri – Betul kah?

Demikianlah spekulasi-spekulasi yang saya dengar mutakhir ini. Sebagai ahli parti yang bertanggung jawab, saya merayu dan memohon Dato’ Seri memberikan penjelasan dan menjawab spekulasi ini sejelas-jelasnya secepat mungkin atau dengan kadar segera. Tujuannya supaya UMNO yang kita dukung ini berada dalam keadaan jelas, aman dan proses peralihan kuasa berlaku dalam suasana ikhlas, aman dan damai.

Kegagalan Dato’ Seri untuk menjawab spekulasi-spekulasi yang saya dedahkan ini akan menyebabkan ianya terus hidup subur dan kesannya amat tidak molek bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada Dato’ Seri sendiri.

NASIHAT

Nasihat saya kepada Dato’ Seri, ikhlaskanlah hati. Pergilah Dato’ Seri sebagai pemimpin yang punya maruah dan harga diri yang tinggi.

Saya sangat-sangat berharap kepada Dato’ Seri, alang-alang berucap menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO nanti, tinggalkanlah pesanan dan wasiat yang baik-baik buat UMNO dan jangan sekali-kali Dato’ Seri lupa untuk mengumumkan sekali perletakkan jawatan Dato’ Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia di akhir ucapan dasar itu nanti.

InsyaAllah, Dato’ Seri akan dapat melihat dan akan dapat merasakan sendiri penghormatan dan tepukan bergemuruh sambil berdiri yang bakal diberikan oleh UMNO kepada Dato’ Seri.
Sesungguhnya, kemuncak kerjaya bagi seseorang pemimpin UMNO ialah apabila dirinya mendapat penghormatan di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Akhirkata, saya hadiahkan 3 rangkap pantun buat mengiringi pengunduran dan persaraan Dato’ Seri sebagai Presiden UMNO yang ke 6 dan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.

Tinggi Bukit Gilang-gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit payah nak hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur Badan di kandung tanah
Budi sedikit ku kenang juga

Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap mari di pohon redup
Budi Tuan walau sedikit kami terima
Jadi kenangan seumur hidup

Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum WHB.

Yang benar,
MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

Wednesday, February 18, 2009

Ini ke pemimpin masa hadapan?


Ini ke nak jadi pemimpin untuk masa hadapan?Muka penuh keangkuhan,memandang dengan sinis apa bila orang lain berhujah seolah2 dia lebih tau segala2nya.Muka tidak menunjukkan hormat pada orang lain.Orang2 macam ni la yang menyebabkan rakyat menjauhkan diri dari Umno dan B.N.Tidak menunjukkan mesra pada rakyat,menunjuk2,bongkak.Harap2 pada mac ini nanti,orang2 ini dan seangkatan dengannya akan ditolak demi masa depan Umno.

Sunday, February 15, 2009

Kenapa PAS kenapa....

Dulu dikatakan haram bekerjasama dengan umno sebab umno kawan M.I.C dan M.C.A.Jatuh kafir kalau bekerja sama dengan bukan islam.Sekarang PAS bersedia terima D.A.P yang terang2an tolak islam.Mungkin zaman dah maju dunia dah berubah,tapi lebih molek rasanya kalo PAS bersedia untuk bersekongkol dengan Umno demi memperkuatkan islam dan bangsa melayu.D.A.P tidak dapat dikawal hatta oleh tuan guru Nik Aziz,tapi dalam B.N,M.I.C dan M.C.A sentiasa di kawal dan dipantau tingkah lakunya oleh Umno.Jadi lebih mulia jika PAS bekerjasama berganding bahu dengan Umno dan B.N untuk memperjuangkan politik orang melayu islam.Kerana itulah satu2nya kuasa yang orang melayu ada.Jika hilang kuasa itu,maka orang2 melayu kita akan menjadi seperti melayu Singapura.Bangun lah PAS dari tidur yang lena itu.Sedarlah,Anwar aljuburi dan D.A.P tidak dapat membela nasib islam dan melayu serta Malaysia tanah air yang kita cintai ini.Anwar kita tahu matlamatnya hanya 1,DENDAM yang tak pernah padam dan kuasa semata2 yang diidamkan.DAP pula ingin menjadikan negara kita seperti negara yang diperintah oleh adikberadiknya PAP di singapura.Sambut lah tangansaudara seislammu Umno.Dan jadilah penasihat berguna untuk membangunkan Malaysia,bukan menghancurkan.Harap dengan keadaan yang tak menentu ini,PAS dapat membuka mata dan minda.Dan perpaduan antara PAS dan Umno akan menjadi kenyataan.Amin.....

Friday, February 13, 2009

Grand Design Untuk Jatuhkan Najib

Contributed by KeRIS

Nampaknya keadaan dalam negara khususnya di negeri Perak agak 'sesak' pada mutakhir ini. Disebalik 'kesesakan' yang berlaku, kita telah menerima berita dan pengumuman yang bersejarah bahawa BN telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak.

Namun disebalik keghairahan dan kegembiraan yang dikecapi oleh rakyat dan ahli BN, terdapat beberapa perkara yang mungkin terselindung. Secara tiba-tiba penulis terfikirkan sesuatu yang begitu menakutkan sebagaimana 'ketakutan' yang melanda pakatan rakyat pada waktu ini. Maaf sekiranya tulisan ini merencatkan 'perayaan' rakan-rakan semua.

Di saat 'perayaan' BN di Perak, kita seolah-olah terlupa akan kelibat 2 orang yang mungkin menantikan satu 'perayaan' peribadi yang lebih besar lagi. Dimana pak lah dan khairy? Setakat ini pak lah hanya muncul mengumumkan nama mb baru. khairy? Dimana raja 'enter frame' Malaysia ini? Pertanyaan ini sedikit sebanyak merencatkan suasana 'perayaan' penulis. Ajaib benar bila khairy tak keluar dalam tv dan akhbar.

Adakah ini sebenarnya satu komplot untuk menjahanamkan Najib? Perlu diingat, 4 orang 'pemain utama' ini tak mustahil akan melakukan sesuatu yang lebih hebat lagi. Mungkin saja salah seorang daripada mereka akan membuat 'pengakuan' atau 'dibuktikan' meminta atau menerima rasuah daripada Najib. Perlu diingat, dalam keadaan sekarang, perkara-perkara semacam ini SANGAT MUDAH diterima dan dipercayai oleh rakyat.

Apa kena mengena perkara ini dengan 2 beranak tu? Mudah. Sekiranya 'terbukti' Najib rasuah, Najib akan disiasat oleh SPRM 'yang betul-betul bebas'. Ketika itu mungkin Najib akan dilihat sbagai sangat tidak layak untuk jadi PM. Jadi siapa yang akan jadi PM? 'Maka dengan berat hatinya, pak lah 'terpaksa' meneruskan khidmat sebagai pm'.

Kem Muhyidin akan bergoncang, kem mat taib akan kencang, kem Mukhriz akan goyang, kem khairy akan ganyang.

Jadi, siapa yang sebenarnya akan jatuh? Nizar atau Najib? Adakah ini kemenangan UMNO dan BN? Atau adakah ini kemenangan pak lah dan menantu? Adakah ini satu grand design untuk menjatuhkan Najib?

visitors